Cerita hari ini - Cara Tuhan Berbicara

KATA YESUS KEPADA PARA MURIDNYA : “ BERBAHAGIALAH MATAMU KERANA MELIHAT DAN TELINGAMU KERANA MENDENGAR. SEBAB AKU BERKATA KEPADAMU: SESUNGGUHNYA BANYAK NABI DAN ORANG BENAR INGIN MELIHAT APA YANG KAMU LIHAT, TETAPI TIDAK MELIHATNYA, DAN INGIN MENDENGAR APA YANG KAMU DENGAR, TETAPI TIDAK MENDENGARNYA. “ (MAT 13 : 16-17)

Seorang jururawat muda di daerah selatan Taiwan. Setelah bekerja beberapa tahun akhirnya ia mampu memenuhi impiannya untuk membeli sebuah kereta. Ia telah memiliki rumah sendiri, dan kerana itu mengikut rencananya tahap berikut yang akan dicapainya adalah membeli sebuah kereta.

Untuk membagi kebahagiannya tersebut, ia mengundang beberapa temannya untuk piknik percuma di daerah indah pergunungan Nantou. Mereka tidakperlu khuatir dengan transport. Mereka boleh pergi ke tempat mana sahaja merka mahu dan tak perlu terburu-buru.

Namun Sayang !! Saat ketika mereka berada di pergunungan dengan pembelokan-pembelokan tajam, turunlah hujan tebal. Jalan tertutup kabus, dan kenderaan mereka tak mampu menahan licin dan terperosok masuk jurang yang dalam. Puji Tuhan, sebatang pohon yang tumbuh di tebing jurang tersebut telah menyelematkan mereka daripada terjunam jauh ke jurang.

Handphone mereka terhambur entah kemana dan kerana itu mereka tidak dapat menghubungi pasukan penyelamat. Mereka berusaha berteriak, namun pada akhirnya usaha mereka sia-sia dan kerongkong mereka tak mampu lagi mengeluarkan suara.

Mujur mereka adalah jururawat yang tahu bagaimana harus berjuang agar tetap hidup. Selama lebih seminggu mereka berada di tengah tebing jurang itu sebelum akhirnya ditemukan oleh kaum pemburu.

Aku merasakan bahawa aku dilahirkan sekali lagi.” Demikian kata satu di antara mereka yang sedang pengsan dan kehilangan kesedaran kerana pendarahan yang hebat saat ditemukan.

“Aku kini melihat hidup ini secara baru. Aku seharusnya mati, namun kini dibiarkan untuk tetap hidup. Aku akan mempersembahkan anugerah hidupku ini demi membantu lebih banyak orang yang memerlukan pelayananku” Demikian lanjutnya.

Melalui kejadian ini, mata sang jururawat ini telah terbuka dan mampu melihat nilai lebih dari kehidupan manusia. Ia telah mendengar bukan hanya dengan telinganya, tetapi dengan seluruh dirinya , hidupnya.

Ia mendengar sendiri bagaimana Tuhan telah berbicara terhadapnya melalui peristiwa tersebut, serta membuka wawasan yang memberikan nilai baru bagi hidupnya di dunia fana yang Cuma sebentar ini. Ia telah mampu melihat bahawa hidup ini merupakan hadiah yang harus di syukuri dan dibahagi kepada orang lain.

Suatu peristiwa kemalangan boleh menjadi sarana pertemuan antara aku denagn Tuhan. Ketika saya hendak mengeluh dan berteriak , di saat aku dianda kesesakan hidup, baiklah aku bertenang sejenak dan bertanya :

“Apakah Tuhan sedang berbicara dengan aku melalui peristiwa ini?”

Semoga kita boleh mendengar.

Semoga kita boleh melihat.

DiggIt!Add to del.icio.usAdd to Technorati Faves